Sering Menunda Mandi Junub, Ternyata Ini Anca mannya

Kita sebagai orang dewasa tentunya tahu apa itu mandi junub. Bahkan saat sekolahpun sudah dibekali oleh bapak ibu guru kita tentang pengertian mandi junub. Mandi junub atau yang sering disebut dengan mandi besar, mandi keramas.

Mandi wajib adalah mandi dengan menggunakan air suci dan bersih (air mutlak) yang mensucikan dengan mengalirkan air tersebut ke seluruh tubuh mulai dari ujung rambut sampai ujung kaki.

Tujuan mandi wajib adalah untuk menghilangkan hadas besar yang harus dihilangkan sebelum melakukan ibadah sholat. Sering kali orang menunda mandi junub tanpa alasan. Misalnya pasangan suami isteri yang telah menyelesaikan ha-jatnya. Mereka langsung tidur begitu saja.

Dalam kitab Shahih At Targhib wa At Tarhib, ada satu bab khas bertajuk “Anca-man Menunda Mandi (Junub) Tanpa Alasan”

Di bawah bab itu dicantumkan dua buah hadis sahih yang mengandungi anca-man menunda mandi junub tanpa alasan. Apa anca-man? Orang yang menunda mandi junub tidak akan didekati oleh malaikat rahmat.

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Tiga orang yang tidak didekati oleh malaikat: bang-kai orang ka-fir, orang yang berlumuran minyak wangi khaluq dan orang junub kecuali jika ia berwudhu” (HR. Abu Daud; sahih)

Dijelaskan oleh Al-Hafizh bahawa yang dimaksudkan dengan malaikat pada hadis ini adalah malaikat yang turun membawa rahmat dan berkat, bukan malaikat hafazhah (yang mengawasi) kerana mereka selalu bersama manusia dalam keadaan apapun.

Jadi, bagi orang yang menunda mandi junub tanpa alasan -misalnya kerana malas atau menyepelekan- maka ia tidak didekati oleh malaikat rahmat. Lalu apakah seseorang harus segera mandi junub begitu ia selesai berhu-bungan?

Rasulullah memberi contoh, selepas menunaikan hajat bersama isterinya kadang beliau langsung mandi junub kadang tidak langsung mandi junub. Ketika beliau tidak boleh langsung mandi junub, maka beliau berwudhu dulu sebelum tidur. Dari Abdullah bin Abi Qais ia berkata, “Saya bertanya kepada Aisyah tentang witir Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam. Lalu dia menyebutkan suatu hadits. Aku bertanya lagi, ‘Bagaimana yang beliau lakukan ketika dalam keadaan junub, apakah beliau harus mandi sebelum tidur atau tidur tanpa mandi? ‘Aisyah menjawab,’ Sungguh semuanya telah dilakukan beliau, kadang beliau mandi lalu tidur, kadang beliau berwudhu lalu tidur. ‘Aku berkata,’ Segala puji bagi Allah yang menciptakan dalam perkara tersebut suatu keleluasaan’.” (HR. Muslim)

Hadis lain dalam bab anca-man menunda mandi (junub) tanpa alasan memperjelas bahawa yang terkena anca-man tidak didekati malaikat rahmat adalah menunda mandi junub tanpa berwudhu.

Adapun yang dimaksudkan dengan minyak wangi khaluq adalah minyak wangi dengan gabungan za’faran dan lain, didominasi oleh warna merah dan kuning.

Wallahu a’lam bissawab.



from Berbagi Inspirasi https://ift.tt/3iIhy1Q
via IFTTT
Next Post Previous Post